///Allah Mendidik Kita Melepaskan Dunia

Allah Mendidik Kita Melepaskan Dunia

Semakin Bertambah Usia semakin lemah tangan menggenggam, ini Kerana Allah ya Alim ya Hakim sedang Mendidik kita Melepaskan Dunia.

Semakin bertambah Usia, semakin kabur matanya. Ini kerana Allah ya Nur ya Hadi ya Haq sedang Mencerahkan Mata Hati untuk Melihat Akhirat 

Semakin bertambah Usia semakin Sensitif, Ini Kerana Allah ya Rahman ya Rahim sedang Mengajarkan bahawa Pautan Hati dgn Makhluk sentiasa Menghampakan. Namun Hati yang Berpaut kepadaNya Al-Wadud (Yang Maha Pencinta) Tidak pernah Mengecewakan.

Allah Memerintah HambaNya Memuji-mujiNya kerna Dia lah Kekasih Sejati Al-Hamid yang Maha Terpuji yang Selayaknya Sentiasa Dipuji. Mendustakan Ayat Al-QuranNya sekiranya banyak Memuji Makhluk dan Memuji Diri Sendiri sepertimana Firman-Nya :
فَلِلّٰهِ الْحَمْدُ رَبِّ السَّمٰوٰتِ وَرَبِّ الْاَرْضِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ
“(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan yang mentadbirkan langit, dan Tuhan yang mentadbirkan bumi, – Tuhan sekalian alam.”
(QS. Al-Jasiyah 45: Ayat 36)

Allah SWT berfirman:

يُسَبِّحُ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِ ۚ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(QS. At-Taghabun 64: Ayat 1)

Allahumma ya Hamid, Sesungguhnya segala Puji-pujian Hanya Milik-Mu kerna Engkaulah ya Malik ya Malikul Mulk Pemilik Mutlak Seluruh Isi Langit dan Bumi. Engkaulah ya Kholiq ya Baari’ ya Musowwir yang Mencipta segalanya di Alam buana ini.

Engkau juga Mencipta Peristiwa² Kejayaan Manusia dengan Meminjamkan pelbagai dayaMu kpd Manusia. Maka bukanlah Manusia yg Layak dipuji tetapi Engkaulah ya Malik ya Hamid yg Layak Menerima Segala Pujian kerna Engkau pemilik Ilmu dan Otak Manusia, Pemilik Jantung dan Seluruh Organ Tubuh Manusia.

Allahumma ya Bathin, Hilangkanlah Kehebatan dan Jasa-jasa Manusia dalam Hati dan Fikiran kami. Allah ya Zohir ya Haq, Zohirkanlah Nama dan Sifat² Kehebatan-Mu serta JasaMu yang Melimpah-limpah buat kami. Hanya Engkau ya Kabir ya Mutakkabbir yang Layak dibesar-besarkan, Ya ‘Adzim yang Layak Dikagumi, DiAgungkan dan Disebut-sebut selalu.

Lindungi kami Ya Hafiz ya Muhaimin dari Kemurkaan-Mu ya Hakam ya Muntaqim dengan Sibuk Memuji diri sendiri yg Hakikatnya Tiada Daya, Dhoif, Jahil dan Fakir . Bukan Aku yang Menyebarkan Kebaikan, Engkaulah yg Menyampaikannya, Aku hanya Alat perantaraMu. Bukan Aku yg Bersedekah, Engkau ya Barr Maha Baik lagi Maha Dermawan yg Mengalirkan Daya dermawan dlm diri HambaMu. Bukan Aku yg Menyucikan Hati dan Gementarkan Jiwa-jiwa, Sebaliknya Kalimah dan DzatMu Al-Quddus yg Menyucikan Jiwa-jiwa Manusia.

Maafkan kami ya Affuw, Ampunkanlah kami ya Ghaffar ya Tawwab. Bersih Sucikan HATI kami dari Segala Penyakit Hati, Karat Dosa, Kotoran² Syirik dan Berhala Dunia ya Quddus ya Jalil 

#VaksinTauhid
#IndahnyaPenghayatanAsmaulHusnaDalamKehidupan

By | 2017-10-17T17:55:02+00:00 October 17th, 2017|Kehidupan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment