//Mohon Bicara Hati Untuk Jiran Saya Yang Baru Lepas Melahirkan Anak Tetapi Ada Komplikasi Rahim Beliau Terpaksa Di Buang Kerana Rahim Tak Mengecut Dan Bleeding Non-Stop. Sekarang Tak Sedarkan Diri Hampir 2 Hari.

Mohon Bicara Hati Untuk Jiran Saya Yang Baru Lepas Melahirkan Anak Tetapi Ada Komplikasi Rahim Beliau Terpaksa Di Buang Kerana Rahim Tak Mengecut Dan Bleeding Non-Stop. Sekarang Tak Sedarkan Diri Hampir 2 Hari.

Soalan :

Assalamualaikum bidadari2 yg dikasihi Allah..mohon bicara hati utk jiran saya yang baru lepas melahirkan anak ke 4 tetapi ada komplikasi. Rahim beliau terpksa di buang kerana rahim tak mengecut dan bleeding non stop. Alhamdulillah operation buang rahim sudah selesai namun dia masih tidak sedarkan diri lebih hampir 2 hari . Mohon doa bicara hati dari bidadari2 yang dikasihi Allah. Sekarang masih di ICU DEMC Shah Alam.

 

Jawapan:

Allahumma Ya Salam Ya Fattah, Sesungguhnya Engkau yang Maha Menyembuh. Sembuhkanlah sahabat kami ini (_sebut nama pesakit_). Bukakan jalan kesembuhan buatnya. Ampunkanlah Dosa-dosanya Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil.

 

Berikanlah Kekuatan-Mu Ya Qowiy buat (_sebut nama pesakit_) dan Keluarga dalam Melalui Ujian ini. Sesungguhnya Ujian ini Tanda Kasih agar kami semua lebih dekat dan sentiasa merasai kedekatan dengan-Mu agar dapat selalu bergantung padaMu dlm setiap saat hidup kami yg masih engkau pinjamkan. Ya Allah Ya Muhyi (yang Maha Menghidupkan) , Sedarkanlah sahabat kami (_sebut nama pesakit_) seperti sedia kala. Aminn Ya Mujib.

By | 2017-11-10T22:56:59+00:00 November 10th, 2017|Klinik Asmaul Husna|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment