//Boleh bagi tips macam mana kita nak menghadapi dengan tenang tanpa rasa dendam pada orang yang suka marah-marah dan menghina kita di khalayak ramai?

Boleh bagi tips macam mana kita nak menghadapi dengan tenang tanpa rasa dendam pada orang yang suka marah-marah dan menghina kita di khalayak ramai?

Soalan : 
Boleh bagi tips macam mana kita nak menghadapi dengan tenang tanpa rasa dendam pada orang yang suka marah-marah dan menghina kita di khalayak ramai? Terima kasih.

Jawapan :

Baginda Nabi Muhammad s.a.w sering menerima sitiuasi yg sama dahulu. Keywordnya satu sahaja iaitu HATI.

?Sepertimana Sabda Nabi, di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rosak maka rosak pula seluruh jasadnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu ialah Hati.” (HR.Al-Bukhari)

Hakikatnya, Peristiwa dihina depan khalayak itu DiIzinkan Allah buatmu semata utk kamu lebih MengenaliNya. Dia ya Kholiq ya Baari’ mencipta peristiwa tersebut. Maka mengadulah padaNya ya Sami’ Maha Mendengar yg sangat dekat denganmu setiap masa ❤

  • Amalkan Zikir Penyucian Jiwa Asma’ul Husna selalu, boleh juga jadikan Wirid tambahan setiap kali selepas solat.
  • Kemudian Baca Doa Asmaul Husna seperti di bawah ini dgn Penuh Perasaan dan Pengharapan pada Allah. Lafazkanlah Doa Berulang Kali sehingga mampu Menangis kerana-Nya. InsyaAllah datang Ketenangan dalam Jiwamu dgn izinNya ya Salam ya Mukmin. Biidznillah

  • Lepas dah Baca, Remove, Delete insan tersebut dari Cermin hati. Ketauhuilah itu semua di datangkan Oleh Allah sbg Ujian buatmu.
  • Selagi tak Maafkan (delete/remove) wajah mereka selagi itu hatimu kotor. Maka mudahlah syaitan berdamping selalu.

 

Soalan :
Bagaimana pula jika orang tersebut adalah yg keluarga sendiri contoh ibu, kakak, adik beradik, bapa atau suami? Kita sentiasa maafkan tapi selalu pula bertemu.

Jawapan :

Sama je, buat proses yg sama setiap hari. Namun masa Tengok wajah mereka (sb dekat dgn sekeliling kita kan), Zikir ni :

Ya Mumit (Maha Melenyapkan)
Ya Bathin (Maha Tersembunyi/Menghilangkan)
Ya Quddus (Maha Suci Sempurna)
Ya Jalil (Maha Jernih)

Ya Mumit ya Bathin, ya Quddus ya Jalil.. Lenyapkan lah Wajah mereka dlm cermin hatiku (bermaksud, walaupun mata zohir lihat mereka, namun mata hati x simpan dlm hati). Ya Sobur, Berikanku Kesabaran yg tinggi berhadapan dgn mereka setiap hari (sambil letak tgn kt dada).

Redhoilah itu Bahagian Ujian buatmu, adakala org diuji anak OKU, adakala diuji lahir sempurna namun disahkan Kanser.

Setiap Ujian adalah Proses Penyucian Dosa dan Menaikkan Darjat disisiNya. Bersyukurlah Tanda Allah Kasih padaMu dgn Memberi Ujian itu..Moga2 menjadi Amal Soleh Sabar melaluinya dan Dikurniakan SyurgaNya tanpa Hisab kerna Syurga itu Bukan dilihat dr amalan tapi Kasih sayangNya ya Rahman ya Rahim.

By | 2017-10-07T17:00:01+00:00 October 7th, 2017|Klinik Asmaul Husna|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment