///Dari Mana Datangnya Rezeki?

Dari Mana Datangnya Rezeki?

حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ
Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yg terserah kpd-Nya segala urusan kami).” (Ali ‘Imran 3: Ayat 173)

Rezeki Ya Razzak Luas, dari sudut Harta Benda dan Wang Ringgit itu adalah Milik-Nya ya Malik ya Ghoni ya Mughni yang hanya Meminjamkan Kekayaan.

 Jika Rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.

 Jika Rezeki datang kerana banyak waktu kerja, seharusnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan macdonald dan kfc.

 Jika Rezeki datang kerana kepintaran. Seharusnya pensyarah-pensyarah menjadi orang kaya.

 Jika Rezeki datang kerana pangkat, Seharusnya para presiden dan raja berada di urutan terdepan dari 100 orang terkaya di dunia.

 Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah ya Rahman ya Rahim ya Rouf ya Karim.

*”Mengejar Rezeki jangan Mengejar Jumlahnya tapi Kejarlah Barakahnya.”*

[ Kalam Hikmah ]

Bukan semua di dunia ini yg Allah cipta potensi diri sebagai WakilNya ya Ghoni ya Mughni agar Kaya di dunia.

Maka bg sesiapa yg dipinjamkan Kekayaan.. Sebenarnya Itu adalah Amanah dalam Membantu kerja Agama sepertimana Firman-Nya dalam Surah As-Saf :

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا هَلْ اَدُلُّكُمْ عَلٰى تِجَارَةٍ تُنْجِيْكُمْ مِّنْ عَذَابٍ اَلِيْمٍ
~”Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”~
(QS. As-Saff 61: Ayat 10)

 

تُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَتُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ بِاَمْوَالِكُمْ وَاَنْفُسِكُمْ ۗ ذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّـكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
~”Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”~
(QS. As-Saff 61: Ayat 11)

Maka janganlah digunakan Amanah itu sewenang²nya. Setiapnya akan dihitung olehNya Ya Hasib ya Muhsi. Wallahu’alam

#VaksinTauhid
#PenghayatanAsmaulHusnaDalamKehidupan
#AsmaulHusnaInBusiness
#Amazing99AsmaulHusna

By | 2017-10-03T21:08:28+00:00 October 2nd, 2017|Rezeki|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment