//, Rezeki/Kesenangan Dan Wang Ringgit Yang Menggoncang Tauhid

Kesenangan Dan Wang Ringgit Yang Menggoncang Tauhid

Kesenangan Dan Wang Ringgit Yang Menggoncang Tauhid

Allahumma Ya Zohir Ya Haq, Engkau menzahirkan bahawa umat Islam pada hari ini telah Menjadikan Makhluq sebagai Sesuatu yang boleh Memberi Mudarat dan Manafaat iaitu mereka sangat yakin bahawa Wang ringgit boleh Memberi Manafaat kepada manusia dan Tidak ada Kehidupan melainkan dengan Wang ringgit pada hari ini.

Keyakinan bahawa Tanpa Wang ringgit, Manusia tidak dapat hidup di dunia ini sangat kuat Melekat pada Hati manusia.😣

Sehinggakan Orang-orang miskin yang tidak mempunyai wang ringgit dikenalpasti sebagai Hina, Rendah, Malang sedangkan orang-orang miskin ini disisi Allah adalah golongan yang mulia dimuliakan oleh Ya Karim Ya Majid Ya Dzaljalaaliwalikram. Golongan yang paling ramai memenuhi Syurga-Mu terdiri dari Orang² Miskin.😢

Sesungguhnya Rasulullah saw adalah tergolong dalam Golongan miskin dan dibangkitkan bersama dengan Golongan miskin di Akhirat kelak dan Menuju ke Syurga bersama dengan Golongan miskin 💝.

Kemiskinan bukanlah satu kemudaratan, tetapi ianya Penghalang dari Dosa dan Maksiat, Penghalang dari Kemewahan dan KeAkuan dan Kesombongan.

Sedangkan Kesenangan dan Kekayaan Wang Ringgit sering Menjadi Racun kepada Jiwa Seorang hamba yang akan dicemari dengan Kotoran Cinta Dunia, Boros, Berlebihan dan sebagainya.😣

Sesungguhnya yang hanya boleh memberi Manafaat adalah Allah Ya Naafi’, bukan wang ringgit, bukan harta benda, bukan jawatan, bukan gelaran2 kemasyuran.

BicaraHati
“Allahumma Ya Baathin, Hilangkan wajah wang ringgit dalam Cermin hati kami, Nampakkan hanya Nama dan Sifat2Mu Ya Naafi’ yang mampu memberi manafaat kepada kehidupan kami di dunia hingga akhirat.

Masukkan dalam jiwa kami Haqqul yakin bahawa kehidupan ini hanyalah dengan Kebergantungan kepada-Mu Ya Ahad Ya Wahid Ya Somad, bukan Kebergantungan dengan Wang ringgit.

💡Tiada mudarat dengan tiadanya wang ringgit, mudarat itu datang dariMu Ya Dharru utk menguji kami. Tiada manafaat dari wang ringgit, manafaat itu datang dariMu Ya Naafi’ sebagai kurniaanMu buat kami melalui pelbagai cara yang Engkau buka Ya Fattah Ya Naafi’ buat hamba2Mu”

Allahumma Ya Affuw Ya Ghoffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, Maafkan Kelalaian kami, Ampunkan Dosa-dosa kami, Bersih Sucikan Hati kami dari Karat Dosa, Berhala Dunia, Kotoran2 Syirik dan Syaitan yang Mengalir dalam Darah yg membuatkan Nafsu kami membuak-buak. PadaMu kami Mohon Perlindungan Ya Hafiz ya Muhaimin agar Terpelihara dari Kemurkaan-Mu dan Neraka-Mu ya Muntaqim😭

#VaksinTauhid
#PenghayatanAsmaulHusnaDalamKehidupan

By | 2018-05-05T06:50:28+00:00 May 5th, 2018|Kehidupan, Rezeki|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment