//Memohon Pertolongan Ketika Diuji & Difitnah

Memohon Pertolongan Ketika Diuji & Difitnah

Memohon Pertolongan Ketika Diuji & Difitnah

Kebelakangan ini Banyak Isu/Soalan Ditanya Berkait FITNAH & KEJATUHAN, sungguh Memang Ini Zamannya 😓, Fitnah atau Persengketaan sangat Mudah Hanya Dihujung Jari.

💖Bicarahati Memohon Pertolongan Ketika DiUji & Difitnah

Allahumma Ya Affuw, Maafkan Kelalaian ku selama ini, Sungguh Fitnah ini Berlaku dgn Izin-Mu ya Mudzil yg Maha Menghinakan atas Kesilapan/Kalalaianku sendiri padaMu sblum ini.😣

Ampunkan Dosa²ku ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil, walau sebanyak pasir di Pantai Dosaku, walau Setinggi Gunung Dosaku, Tinggi lagi Keampunan-Mu 😭

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim ya Sami’ , padaMu kami Mengadu dan Mohon Pertolongan, Bantulah kami ya Wahab ya Karim, Sekiranya daku dalam Kesempitan, itulah Kesempitan dari-Mu Ya Qobidh yg Menyempitkanku kerana Sayangnya-Mu kpdku agar daku sentiasa ingat kepada-Mu, Maka hanya Engkau Ya Basith yang Mampu Melapangkan Hidupku

Sekiranya daku dalam Kesakitan, Sesungguhnya Kesakitan itu Kurniaan-Mu Ya Rahman Ya Rahim kerana Kasihnya-Mu padaku agar daku insaf diri kerna seringkali lalai dengan tanggungjawab kpd-Mu. Sembuhkan ku Mengikut Cara-Mu dan Bersihkanlah Hatiku, Darahku serta Segala Penyakit yang Ada Dalam Tubuhku samada Penyakit Zohir Mahupun Batin ya Salam Ya Fattah ya Quddus ya Jalil.

Sekiranya Engkau Mengujiku dengan Ujian Kasih Sayang antaraku dan Suami/Isteriku/Ibu Ayahku/Adik Beradikku/Sahabat dan Saudara-maraku. Engkaulah Pemilik Kasih dan Cinta yang ada dalam Jiwa manusia. Ku serahkan Urusan Perhubungan kami kepada-Mu Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud Ya Jami’ untuk Engkau Satukan dan Tautkan semula dengan Kasih Sayang-Mu mengikut CaraMu.💞💘💖

Sekiranya Engkau mengujiku dengan Fitnah manusia di Sekelilingku, Kurniakanku Kesabaran-Mu Ya Sobur, Kekuatan-Mu Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin agar perkasakan Jiwaku. Daku sedar sesungguhnya Fitnah manusia itu berlaku atas Kehendak-Mu jua Ya Qodir Ya Muktadir agar daku datang merayu dan merintih kepada-Mu dan ia membuatku Hampir kepada-Mu.

Hanya Engkau Ya Muiz Ya Muzill yang Memuliakan dan Menghinakan hamba-hambaMu. Biarlah daku dihina oleh seluruh manusia di alam buana namun jangan Engkau Menghinaku, kerana ketika Engkau Menghina hambaMu , tiadalah lagi kemuliaan di Dunia, di alam Barzakh apatah lagi di alam Akhirat 😣

Ya Allah Ya Baaqi Ya Qowiy Ya Wadud, Kekalkanlah Kekuatan Iman & Rasa CINTA yang telah Engkau masukkan dalam jiwa ini agar Walau diGoncang dgn Pelbagai Ujian, Iman dan Tauhid ini Masih Padu. Kekalkan Rasa Cinta ini agar daku dapat berkorban jiwa ragaku Terhadap-Mu dalam setiap saat hidupku hingga Akhir Nafasku.

Daku sangat mendambakan Rasa Cinta kepada-Mu setiap saat kerana Tanpa Cinta kepada-Mu bagaimana mungkin Daku menikmati Solat dihadapan-Mu dan tidak mungkin dapatku menikmati segala Kurniaan-Mu dengan Penuh Kebahagiaan dan Kesyukuran 💖

Ya Allah Ya Kholiq, Engkaulah yang Menciptakanku dan Alam Semesta ini, Daku ini Hamba Abdi-Mu yg Lemah, Daku Serahkan Seluruh Jiwa Ragaku, Segala Urusan Duniaku Pada-Mu , Engkau Aturkanlah mengikut Agenda-Mu.

Dengan Daya-Mu ya Rofi’ yg Menaikkan/Meninggikan ( Namaku/Jenamaku/ Jawatanku/Perniagaanku), Dengan Daya-Mu juga ya Khofidh yg Maha Menurunkan/Merendahkan maka dgn Mudahnya Jatuh lah daku.

Daku Terima dan Redha semua Peristiwa Pahit/manis yg Engkau Izinkan itu Semata-mata utk Menarik Dekat daku kepadaMu. Saat DiUji Pahit, Daku jatuh rebah kpd-Mu, Kembali Mencari Cinta-Mu kerna bilamana dapat Meraih Kasih dan Cinta-Mu, Keindahan Dunia dan Isinya yg Mengejarku dgn Sendiri.💎

Daku akur Segalanya adalah Proses Didikan dari-Mu ya Alim ya Hakim ya Rasyid. Engkau ya Zohir Menampakkan Aib kami dan Engkau juga Ya Bathin akan Menghilangkan/Menyembunyikan semula Aib kami dgn Melenyapkan Semua Prasangka di jiwa-jiwa Manusia. 😞

Maka Pada-Mu ku Berserah ya Waliy (Maha Mentadbir), Ya Wakil (Maha Mengurus),
ya Baari’ (Maha Mengatur), ya Somad (Maha Tempat Bergantung Harap) utk Engkau Aturkan Hidupku ini Mengikut Agenda-Mu ❤

Nampakkan di matahatiku Peristiwa ini Benar-benar Penyucian buatku yakni Penyucian Harta dan Penyucian Jiwaku 😢 Ya Affuw ya Ghaffar ya Tawwab ya Quddus ya Jalil kerna Saat kami Pulang ke Pangkuan-Mu, Engkau Tidak Melihat Wajah kami yg Kami Cuci Setiap Hari, Engkau tidak Melihat Harta yg kami cari-cari Sebaliknya Hanya Melihat HATI kami 😢.

Maka Beruntunglah Hamba²Mu yg Pulang Membawa HATI yang BERSIH & SELAMAT. Sesungguhnya REDHA itu Mencairkan Penderitaan, Masukkanlah Rasa Redha ke Dalam Hati kami ya Rabb. Kami Terima & Redha dgn Semua Peristiwa Yang Hadir ini ya Qodir ya Muqtadir sbg Penyucian di Dunia yg Sementara dimana Akhirnya Nikmat & Kemanisan dikecapi di Kg.Akhirat yg Kekal Abadi💖. Amin ya Mujib ya Rabbal’alamin.

Allah SWT berfirman:
وَاِذَا مَسَّ الْاِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْۢبِهٖۤ اَوْ قَاعِدًا اَوْ قَآئِمًا ۚ فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهٗ مَرَّ كَاَنْ لَّمْ يَدْعُنَاۤ اِلٰى ضُرٍّ مَّسَّهٗ ۗ كَذٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِيْنَ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ

“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia pada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan setelah Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.”
(QS. Yunus 10: Ayat 12)

Allah SWT berfirman:
وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۗ وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ۗ اِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖ ۗ قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
(QS. At-Talaq 65: Ayat 3)

By | 2018-05-05T07:03:23+00:00 May 5th, 2018|Doa & Zikir|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment