///Mendidik Anak Cemerlang Mengenal Makrifah Allah

Mendidik Anak Cemerlang Mengenal Makrifah Allah

Telah Bersepakat Para Ulama’ Mengatakan “Awal-awal Agama itu ialah Mengenal Allah” ❤️

Perkara Pertama sekali yg Diwajibkan Syarak ke atas Manusia (Khusus Umat Islam) ialah Makrifah Allah atau Mengenal Allah ?. Kanak-kanak Wajib Diajar supaya Mengenal Allah. Pernah terjadi di Zaman Saidina Umar Al-Khattab;

Kisah 2 Orang Anak beranak yg Berniaga Susu, Si Ibu dgn Rasa Tamak ingin Mencampurkan Air ke dlm Susu agar Mendatangkan Keuntungan. Sedangkan si Anak gadisnya ? yg ada Iman di Hatinya Takut kpd Allah (Al-Hasib, Al-Muhsi) dgn Mengingatkan ibunya ?.

Kata anak gadisnya ” Ibu, Jika Amirul Mukminin tidak Melihat Perbuatan Kita, Namun Allah (Al-Basiir) tetap Melihat perbuatan Kita”. Saidina Umar sangat Terharu Mendengar Kata-kata Anak Wanita tersebut yg Jujur ?.

Bukan mudah dlm Mendidik Anak/Umat yg Sudah Dewasa agar Takut pd Allah klu selama Hidupnya itu Tidak Pernah Kenal Allah dgn sebenar-benarnya.Kita bnyk Menakutkan Anak kita dr Kecil pd Makhluk (Momok/Hantu/Penculik/Polis). Oleh itu, Agak sukar utk Menyeru Mereka Melaksanakan Ibadah serta Kerja² Kebaikan & Jihad. Membuang Sifat² Terkeji yg selama ini hidupnya dibiarkan dgn Kotoran Dosa (antaranya Menonton Tv/Media yg Melalaikan) hingga Berkarat dan Terus Bersarang di dlm HATI ?.

Orang yg Tidak Kenal Allah, maka Dia tidak akan Kenal dirinya dan yang lain²nya. Org yg Tidak Kenal Dirinya Mudah Melakukan Sesuatu yg Boleh Membinasakan Dirinya tanpa diSedari olehnya ?. Sebab itu Ramai Anak² Zaman ini Mudah saje Terlibat dgn Maksiat, Dosa dan Keruntuhan Akhlak. Derhaka dan Tidak Takut pd Orang Tuanya dan Lebih Parah Derhaka dan Tidak Takut pada Allah S.w.t. sehingga Mengutamakan Peraturan dunia/mahkluk berbanding Peraturan Allah.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA, Apabila Anak² kita sudah Faham Dari Mana Dia Datang – Untuk Apa Hidup Ini – Ke Mana Akhirnya Hidup dan Mengenal Allah, Maka Timbullah Rasa Takutnya Kpd Allah (Al-Hakam, Ad-Dhorru, Al-Muntaqim) dan Tidak Berani Melanggar Perintah Allah, Rasul dan Kedua Orang tuanya. Malah Taat dan Patuh pada Arahan-Nya untuk Menuju Redho dan Kasih SayangNya Ya Rahman ya Rahim ya Ro’uf ya Karim ❤️.

Keimanan Bukan turunan dan bukan Harta Warisan, Ada Anak para Wali yg Menjadi Org Fasik seumpama Anak Nabi Nuh dan Isteri Nabi Luth. Namun Usaha dan Ikhtiar perlu Dilakukan utk Melahirkan Generasi Para Wali agar Dapat Mendaulahkan Kembali ISLAM Sebagaimana yg Dilakukan Rasulullah S.a.w Terhadap Para Sahabat di Makkah dan Madinah, Pendidikan Imam Al-Ghazali di Baghdad dan Pendidikan Imam Hassan Al-Basri di Basrah.

Moga Allah Redhoi Usaha yang Sedikit ini. Mari Sertai Seharian ?“Program Anak/Pelajar Cemerlang & Tips Mudah Menjawab Exam Dengan Penghayatan Asma’ul Husna”. Hubungi Team Dakwah Kami Seperti di Poster, Bidadari Pn. Shamshidar Mohamad Yusof atau Pn. Zai Yusof untuk Pendaftaran. Utk Detail boleh Lihat di Ruangan Komen. Allahumma ya Fattah ya Wakil ya Baari’ ya Jaami’, Moga Allah Mudahkan Kehadiran Anak-anak Cemerlang ini ?

#RumahNgajiArRasyidTerapiQuranTerapiAsmaulHusna

 

By | 2017-10-17T17:31:37+00:00 October 17th, 2017|Anak-Anak|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment