///Orang Islam Tidak Mengumpat Orang lain, Tidak Tomah mahupun Memfitnah Orang Lain

Orang Islam Tidak Mengumpat Orang lain, Tidak Tomah mahupun Memfitnah Orang Lain

Orang Islam Tidak Mengumpat Orang lain, Tidak Tomah mahupun Memfitnah Orang Lain

Orang Islam Tidak Mengumpat Orang lain, Tidak Tomah mahupun Memfitnah Orang Lain kerna Kita Sebenarnya Sedang Berinteraksi Dengan Allah S.w.t Setiap Masa. Jaga Allah, Jaga Allah, Maka Allah akan Jaga Kamu..

[Doa dan Bicara Hati Hamba] :

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا
اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
[Al Baqarah:286]

Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.Ia mendapat Pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga Menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

BICARA HATI :

Ya Allah Ya ‘Aziz Ya Qowiy Ya Matin.. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Perkasa Maha Kuat dan Maha Teguh… Kurniakan daku Kekuatan dan Keteguhan Hati untuk Mengharungi hidup yg penuh cabaran ini…
Tanpa daya kekuatan Mu pastilah daku akan lemah dan kalah dgn nafsu ku sendiri yang sering tidak redha dgn takdir Mu dan mudah putus asa dengan RahmatMu…

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf… Daku pohon Rahmat belas kasih Mu Ya Allah Ya Muhsiy janganlah Engkau mengirakan daku salah sekiranya aku terlupa atau tersalah..

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf..
Daku pohon belas kasih Mu sekiranya pada saat ini, daku tidak redha dan sabar dengan takdir Mu yang hadir dalam hidup ku, kurniakan lah pada ku Redha dan Kesabaran Ya Qodir Ya Muqtadir Ya Sobur…

Engkau sentiasa ada menunggu daku memanggilMu merintih merayu kpdMu..
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rouf, daku pohon Rahmat belas kasih Mu maafkan kesalahanku sesunggunya Engkau Maha Pemaaf Ya Affuw.. Serta ampunkan dosa ku Ya Ghaffar Ya Ghafur..

Ya Rahman Ya Rahim Ya Wahhab Ya Karim…
Hanya Engkau Penolong ku.. Tiada yang lain. Tolong lah daku untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir dan Pelihara daku daripada tergolong dlm Cara hidup orang2 kafir ya Hafiz ya Muhaimin, Kena Mengikuti mereka membawa daku menuju ke Neraka-Mu Ya Muntaqim. PadaMu kami Berlindung, Amin ya Mujib ya Rabbal’alamin.

Jemput Hadir Sesi Terapi Penyucian Hati yang Seterusnya Membina Kekuatan Hati di Program Minggu ini seperti di Poster.. Biiznillah ya Baari’ ya Jaami’.

#BacaFahamAmalAlQuran
#KlinikMotivasiAsmaulHusna
#TerapiPenyucianDanKekuatanHati

 

By | 2018-05-05T07:38:12+00:00 May 5th, 2018|Kehidupan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment