///Situasi Kehidupan Dan Cara Mengatasinya Dengan Penghayatan Asma’ul Husna

Situasi Kehidupan Dan Cara Mengatasinya Dengan Penghayatan Asma’ul Husna

Situasi Kehidupan Dan Cara Mengatasinya Dengan Penghayatan Asma’ul Husna

Caranya Zikir dan Berdoalah Menyebut NamaNya Berulang² kali :

1. Situasi sebagai Seorg ketua nak menangani kerenah ahli2 dlm Sesebuah Organisasi atau pertubuhan.
Jawapan:
Zikir ya Rahman ya Rahim ya Jami’, ‘ya Allah, satukan hati2 kami dgn kasih sayangMu.
Ya Qohhar ya Latif ya Malik, ya Allah, tundukkan hati staff2/Sahabat2 kami kepadaMu.’

2. Sitiuasi nak kusyuk solat dan istiqamah dlm ibadah.
Jawapan:
Zikir ya mumit, ya Allah, putuskan tali ingatanku kpd dunia sepanjg solatku.
Ya Rahman ya Rahim ya Jami’ ya Baaqi, ya Allah, kekalkan hatiku mengingatiMu sepanjg solatku.

Zikir ya Baaqi – ya Allah kekalkanku Istiqomah dlm Beribadah kepadaMu.

3. Masalah Mengantuk dlm kelas.
Jawapan:

Ya Aziz, ya Qowiy, ya Matin, Ya Allah, kuatkan mataku utkku belajar. Ya Baaqi’ Ya Hayyu, Kekalkan kesegaran Mataku sepanjang kelas/majlis ilmu.

4. Kurang fokus dlm kelas.
Jawapan:
YaBaari’, aturkan Hati dan fikiranku utk fokus dlm kelas.Ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi hati dan fikiranku dari bisikan nafsu serta gangguan syaitan.

5. Sukar menghafal.
Jawapan:
zikir ya Baari’, ya Baaqi, ya Alim, ya Hakim, ya Rashid, ‘ya Allah, aturkan ilmu dalam otakku dan Mudahku memahami ilmu-Mu yang Luas. Kekalkan ilmu dlm otakku.

6. Lambat faham pelajaran/Lambat faham Soalan Exam
Jawapan:
zikir ya Alim, ya Hakim, ya Rashid, ‘ya Allah, kurniakanku kefahaman tentg pelajaran/ soalan ini’. Zohirkan ilham jawapan ke dalam Otakku.

7. Permasalahan keluarga.
Jawapan:
zikir ya Rahman ya Rahim ya Wahab ya Karim, ‘ya Allah, bantulah kami utk menyelesaikan masalah keluarga’

8. Suka marah
Jawapan:
ya Sobur, kurniakanku kesabaran.
Ya Qohhar, tundukkan kemarahanku.

9. Tidak suka bergaul/bekerjasama.
Jawapan:
ya Rahman ya Rahim ya Jami’, alirkan kasih sayangMu dlm hati2 kami agar kami dpt bergaul dan bekerjasama dgn baik.

10. Suka berfikir negatif.
Jawapan:
ya Quddus, ya Jalil, suci dan jernihkan hati dan fikiranku dari Berfikiran negatif.
Ya Haadi, bimbing Hati dan otakku utk sentiasa berfikir positif.

11. Malas dan kerja bertangguh.
Jawapan:
ya Quddus ya Jalil, sucikan hatiku dari bisikan syaitan, penyakit malas dan bertangguh.

12. Suka bergaduh dgn ibubapa/Sahabat
Jawapan:
ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Jami’, satukan hatiku dan pemikiranku dgn ibubapaku/sahabatku.

13. Masalah markah selalu rendah.
Jawapan:
ya Allah Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rashid, kurniakanku Kepintaran dan Kefahaman Laju untuk Memahami Pelajaranku, ya Roofi’, tinggikanlah markahku.

14. Selalu cuai.
Jawapan:
ya Allah ya Rahman ya Rahim ya Wahab ya Karim, tolonglah kami agar kami tidak cuai dala setiap pekerjaan kami, ya Lathif kurniakan kami sifat Teliti.

15. Pengurusan masa.
Jawapan:
ya Allah ya Baari’, engkau sebaik-baik mengatur masa, aturkan masa dan jadualku agar tersusun dan sistematik.

16. suka berPrasangka buruk.
Jawapan:
ya Allah ya Quddus ya Jalil, sucikan hatiku dari berburuk sangka, benci membenci dan segala penyakit hati yang menghinggapi hatiku.

17. Malas solat dan malas belajar.
Jawapan:
ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin, lindungiku dari bisikan Nafsu dan bisikan jahat syaitan . Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin, Berikanku kekuatan untuk Rajin Beribadah dan Belajar.
Ya Quddus ya Jalil, sucikan hatiku dari penyakit malas solat dan belajar.

18. Masalah kawan susah bayar hutang.
Jawapan:
ya Allah ya Fattah ya lathif, Lembutkan dan bukakan pintu hati mereka utk bayar hutang.

19. Guru yg panas baran / cepat marah :
Jawapan:
ya Allah ya Sobur, kurniakan kesabaran utk guruku. Ya Qohhar, tundukkan kemarahan guruku.

20. Selalu solat lambat :
Jawapan:
ya Awwal, percepatkan kami utk solat. Ya Hafiz ya Muhaimn, lindungi hati kami dari bisikan syaitan.

21. Masalah Sukar kawal penggunaan hp.
Jawapan:
ya Allah ya Qohhar, tundukkan nafsuku yg suka main hp.

22. Sitiuasi Sakit hati/kecil hati dgn kawan.
Jawapan:
ya Allah ya Affuw, masukkan rasa Kemaafan dan Sifat Pemaaf dlm hatiku utk aku memaafkan kawan2ku.

23. Sitiuasi Di buli dan minta duit.
Jawapan:
ya Allah ya Hafiz ya Muhaimin, lindungiku dari kawan2 yg suka membuli dan minta duit.
Ya Majid, ya Hamid, kurnikanku dan kawan2ku budipekerti mulia dan sifat terpuji sepertimana sifat mulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w

24. Mengeratkan hubungan dgn kawan2 Sek/sekerja/Biz partner.
Jawapan:
Ya Allah, ya Rahman ya Rahim ya Jami’, satukan hati, hubungan kami dan kawan2 dengan kasih sayangMu.

25. Tidak semangat nak belajar:
Jawapan:
ya Allah ya Baa’its, bakarkan semangatku utk belajar

26. Barang Hilang :
Jawapan :
Allah Ya Zohir, Nampakkan lah Barangku/Duitku yang hilang. Ya Sobur ya Malik, Berikanku kesabaran jika Duitku ini bukan milikku, maka telah engkau ambil melalui peristiwa. Tanamkan sifat redha dalam hatiku ya qodir ya muqtadir.

27. Anak / Ahli Keluarga Sakit (Sakit Biasa-Demam/batuk/lemah semangat/sakit perut dll) :
Jawapan :
Allah Ya Salam Ya Fattah, Engkaulah yang Maha Menyembuh lagi Membuka jalan kesembuhan kerana setiap sakit engkau takdirkan, engkau turunkan bersamanya Penawar maka Sembuhkan lah sakit anakku ini mengikut CaraMu, hadirkanlah Pemawar kepadaku sbg alat-alat kesembuhan dariMu buat anak/keluargaku yg sedang sakit. Ya mu’id, kembalikanlah kesihatannya.

28. Jalan jem/kesesakan jalan Raya/Beratur panjang di kaunter membeli :
Jawapan :
Allah Ya Wasi’ Ya Baasith ya Rashid, luaskan dan lapangkanlah jalanku agar cepat sampai ke destinasiku.
Ya Rashid, segerakanlah urusan pembelianku di kaunter/gerai ini . zikir shj sebanyaknya ya Rashid,sekejap je beratur .

29. Anak-anak Bercinta di Sekolah / Untuk anak yang Soleh dan Solehah serta Terlindung dari Perkara tidak baik/maksiat :

Amalkan Zikir 40x atau Lebih 👇🏻

Ya Hafiz (Yang Maha Melindungi)
Ya Muhaimin (Yang Maha Memelihara/Menjaga)
Ya Wahab (Yang Maha Memberi Pertolongan)
Ya Karim (Yang Maha Memberi Tanpa diminta)

Doa Bicarahati : –
Allahuma Ya Hafiz Ya Muhaimin, Sesungguhnya padaMu ku memohon Perlindungan kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung. Ya Allah jagakanlah dan Lindungilah anakku (nama anak) dari Bisikan Nafsu , Bisikan Syaitan dan Tipudaya Dunia. Lindungi lah anakku ini daripada perkara-perkara yang tidak baik, Lembutkanlah Hati anakku Ya Lathif agar gementar Hati & Tubuhnya ketika mendengar NamaMu, Lembutkan hatinya untuk Memahami Ilmu-ilmuMu yang luas serta MengenalMu.

Allah Ya Mumit (Yang Maha Memutuskan), ya Allah sesungguhnya Engkau Ya ‘Alim yang Maha Mengetauhui apa yang Terbaik buat anakku namun aku sebagai ibunya merayu padaMu, Engkau Putuskanlah Hubungan antara anakku dgn lelaki ini (namanya) . Jika ini Jodohnya yg telah Engkau takdirkan untuk anakku di Lauf Mahfuz, engkau tautkanlah setelah habis dia Belajar, Jika ini Bukan Jodohnya, Jauhkan, Putuskan dan Hilangkan Ya Batin segala Perasaan dan Ingatan anakku padanya. Engkau Gantikanlah Kebaikan untuknya. PadaMu aku bergantung harap Allah Ya Somad.

Ampunkan Dosa-dosaku serta dosa-dosa anakku Ya Affuw, Ya Ghaffar, Ya Tawwab, Ya Quddus, Ya Jalil ❤.Makbulkanlah Allah ya Sami’ ya Mujib, Ameen ya Rabb.

30. Kasih sayang Suami Isteri :
Jawapan :
Zikir Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud, ketika memasak, buat air utk suami, picit kepala dan sebagainya dengan pasangan. Ya Allah alirkan Rasa Cinta di antara kami agar dalam Meraih CintaMu.

By | 2018-05-05T06:27:08+00:00 May 5th, 2018|Kehidupan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment