//, Rezeki/Tips Langsai Hutang Berteraskan Asma’ul Husna

Tips Langsai Hutang Berteraskan Asma’ul Husna

Tips Langsai Hutang Berteraskan Asma’ul Husna

Langkah-langkah :

 Buat Senarai Hutang dan Jumlah

 Memohon Keampunan Allah, Renungkan Hutang itu DiIzinkan Allah pd kita Dalam Keadaan Murka krn Kita Mengejar Kemewahan atau Keselesaan yg berlebihan.

 Buat Solat Sunat Taubat, Sujud Terakhir Lama Sikit Dan Bicara pd Allah dalam Hati Memohon Pertolongan Allah untuk Mengurus Hutang dan Serahkan 1000% kpd Allah ya Baari’ Mengaturkan Mengikut Cara-Nya dalam Penyelesaian Hutang.

 Lepas Solat, ZIKIR YA BAARI’ 1000x dan Lafazkan Doa Bicara Hati ini :

Allahumma Ya Rahman ya Rahim ya Sami’, Sungguh Engkau Maha Pengasih lagi Maha Mendengar, Pada-Mu kami Merintih Merayu, Sudilah kiranya Mendengar Rintihanku . Sesungguhnya Hutang ini Hukuman-Mu kpd diri ini yg Banyak Mengutamakan Dunia serta Mengejar Keuntungan dan Kemewahan.

Maafkan dan Ampunkanku Ya Affuw, Ya Ghaffar Ya Tawaab Ya Quddus Ya Jalil. Sungguh Engkau Tidak Menzalimiku, daku yg Menzalimi diriku sendiri. Ya Allah Terimalah Taubatku atas Kesilapan dan Kelalaian Dunia dihatiku selama ini.

Allahumma Ya Fattah Ya Razzak Ya Mughni, Engkaulah Pemilik Rezeki 7Lapis langit 7Lapis Bumi. Bukakanlah Pintu Rezeki buat Kami dan Jalan Keluar dari Masalah Hutang ini agar Hutang² ini Selesai. Hanya Engkaulah Ya Baari yang Mengatur dan Menyusun segala Urusan Dunia kami.

Ya Allah Ya Basiir yg Maha Melihat, inilah Hutang² Kami dengan Manusia dan Bank, Bimbing Kami Ya Haadi dlm Melangsaikannya Mengikut Cara-Mu. Pada-Mu kami Berserah dan Bergantung Harap Ya Wakil ya Baari’ ya Somad.

Allahumma Ya Salam Ya Mukmin, Kurniakan Rasa Aman dan Tenteram di Hati kami serta Sahabat yang Runsing dgn Hutang. Langsaikan Hutang Mereka juga Ya Fattah ya Baari’, sungguh Engkaulah Dzat Yang Membuka segala Jalan Penyelesaian.

Ya Allah ya Mani’ (Maha Mencegah) Ya Hafiz Ya Muhaimin (Maha Melindungi), Cegah dan Lindungilah kami dari Bisikan Nafsu agar TIDAK Lagi Terjebak dgn HUTANG  . PadaMu kami Memohon Pertolongan dan Bergantung Harap Ya Wahab ya Karim ya Somad. Makbulkan Doa kami Ya Mujib yang Maha Memakbulkan Doa. Ameen ya Rabbal’alamin.

YAQINLAH ALLAH PASTI MENGURUS DAN MEMBANTU .

Setiap kali Teringat Tentang Hutang, Zikirlah Menyebut Nama² Allah. NIAT untuk Membayar Semua Hutang & MOHON Allah Mudahkan semua Hutang SELESAI sebelum Kematian Menjemput.

Tingkatkan ZIKIR dengan Allah, kerana kita juga BERHUTANG ZIKIR dgn ALLAH hingga Saat ini.

 

#PenghayatanAsmaulHusnaDalamKehidupan
#RumahNgajiArRasyidTerapiAlQuranTerapiAsmaulHusna

By | 2017-11-02T09:34:52+00:00 November 2nd, 2017|Kehidupan, Rezeki|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment